Aku bergegas ke masjid pada pukul 10.30am bersama Hadi. Badan tak berapa sedap hari ni, rasa macam nak demam aje. Aku sempat menelan 2 biji panadol dan sebiji pil selsema selepas breakfast pagi tadi. Dalam hati berdoa, moga dosa-dosa kecil aku dihapuskan ALLAH. Ya ALLAH ampunkan la dosa-dosaku...
Sementara menunggu masuk waktu zohor, aku membaca Al-Quran disebelah seorang makcik yang agak berusia.Kesian sungguh aku tengok makcik tersebut, tersengguk-sengguk menahan ngantuk. Bila tersengguk dia sedar kembali dan membaca Al-Quran, tiba-tiba tertidur dan tersengguk balik. Kasihan sungguh aku melihatnya. Aku pun mencari jalan bagaimana untuk menegur dan berbual dengannya.
Apabila dia tersedar aku pun memberi salam dan bersalam dengannya dan mula bersembang sedikit bertanya makcik asal dari mana? Pergi dengan Tabung Haji ke pakej? soalan-soalan yang biasa ditanyakan..sebenarnya aku tengah mencari idea bagaimana untuk menasihati mak cik supaya mendapat tidur yang mencukupi sekurang-kurangnya 5 jam supaya tidak mengantuk.
Mak cik kata, makcik bangun pukul 1 pagi nak mandi dan basuh baju lagi sebab dalam bilik ramai orang kemudian nak cepat-cepat ke Masjid sebab nak booking tempat takut penuh pulak. Aku rasa itulah sebabnya mak cik tak cukup tidur. Kesian mak cik, aku pun mencadangkan walau apapun, aku katakan padanya kita kena mendapat cukup tidur supaya kesihatan terjaga dan tidak menggantuk untuk beribadah yang bagi aku orang tua ni tak berapa perihatin tentang keperluan minimum tidur 5 jam ni..
Tiba-tiba, dengan tak semena-mena, aku pulak di landa rasa mengantuk yang teramat sangat, dari keadaan mata yang segar bugar, tiba-tiba rasa mengantuk tahap gaban..Allahuakbar, agaknya macam ini la mak cik tu rasa, tiba-tiba ALLAH bagi aku rasa macamana mak cik tu rasa.. dlm hati beristighfar dan tersenyum teringatkan ALLAH..
AZAN berkumandang mengejutkan aku dari zzzz.......
No comments:
Post a Comment