Sunday, October 2, 2011

Ziarah Masjid Quba

Masjid pertama dibina atas dasar taqwa ketika penghijrahan Nabi dari Makkah ke Madinah.

Trip ke-dua. Aku membawa Al-Quran untuk diwakafkan, ditulis di muka depan al-Quran wukuf dari Fatimah Mohd Elias dan Mahmud bin Ismail, Khadijah Ariffin dan Abu Hassan Ibrahim dan juga dari aku dan Hadi sendiri. Kebetulan hari ini adalah hari Sabtu, menurut ustaz yang membawa kami, Nabi pergi ke Masjid Quba setiap hari Sabtu dan Alhamdulillah kebetulan hari ini adalah hari Sabtu dan kami mendapat satu sunnah!

Bas melepasi Masjid Bilal bin Rabah, ketika bas sampai ke Masjid Quba kelihatan bas para Jemaah asing sudah memenuhi ruang tempat meletak bas. Bas kami diletakkan agak jauh dari masjid. Aku bergegas keluar dari bas bersama Hadi kerana kami cuma diberi masa 20 minit untuk solat di dalam masjid. Kami berjanji akan jumpa kembali di bas kemudian nanti. Aku dan Hadi berjalan laju dan setibanya kami di depan masjid, ntah kenapa tiba-tiba terpacul soalan dimulutkan, “kejap lagi tunggu sini ya, sambil tanganku menunjuk ke tiang lampu”. Hadi bertanya, “pukul berapa?” Aku teragak-agak untuk memberikan jawapan kerana aku yakin pasti terlalu ramai jemaah di dalam masjid dan ruang solat didalam masjid terhad. “mmmm” Dia mengulangi lagi soalan, “pukul berapa?” kali ini dengan naga tegas. Hatiku mula bergetar, aku tau dia marah, aku mengalah dan akhirnya berkata tak per la kita balik asing-asing, jumpa di bas nanti”. Kemudian dia berkata lagi, bagi tau la sepuluh minit ker, lima minit ke, kalau tidak jangan cakap banyak sini”..bergetar jantungku mendengar nya. Aku pujuk hatiku dan berdoa Ya ALLAH kau permudahkanlah urusanku, dia tak tau bagaimana keadaan di dalam masjid dengan ruang solat yang sempit dan jemaah yang ramai. Aku terus meluru ke pintu masuk wanita, aku lihat jemaah wanita bersolat di luar masjid, aku bertekad tidak mahu solat di luar, aku mesti masuk ke dalam. Rabbi Yassir Wala Tuassir..dalam berasak-asak untuk masuk ke ruang solat, aku dapat mencelah dan terus ke depan di syaf pertama dan meletakkan Al-Quran wakaf ditempatnya.

Seusai solat tahyatul masjid, dhuha dan hajat, aku bergegas keluar dan sempat mengerling ke jam ditanganku, Alhamdulillah tak sampai 10 minit! Aku bersyukur kepada Allah yang telah memudahkan urusan ku dan memberiku peluang yang terbaik berkat dari kesabaran.

Aku terus menuju ke bas dimana ianya diletakkan. Alhamdulillah kelihatan seorang jemaah Gemilang di sana, nampaknya aku diantara yang terawal juga.. 10 minit kemudian kelihatan Hadi menuju ke bas, dan juga rakan-rakan yang lain. Kami meninggalkan Masjid Quba dengan kenangan yang tersendiri.. 

No comments:

Post a Comment