Sunday, October 2, 2011

TEORI MASUK RAUDHAH GAGAL

Kebiasaannya seusai solat Isyak, aku bergegas pulang ke hotel, tetapi malam ini hati meronta untuk ke Raudhah lagi. Teringat janji pada ALLAH pagi tadi semasa di Raudhah yang aku akan kembali lagi untuk ke Raudah pada hari terakhir ziarah wada’ sebelum berangkat meninggalkan Madinah. Hati merayu lagi, “ah cubalah mana tau ada rezeki”. Kebetulan kedudukan aku ber tentangan dengan pintu untuk ke Raudhah cuma aku terkebelakang sedikit, bahagian depan telah dipenuhi jemaah Indonesia. Dalam hati ku berkata, mereka ini betul-betul cekap, mereka dah pasang niat awal-awal dengan memenuhi ruangan solat dibahagian depan dibelakan pintu masuk ke Raudhah.

Tanpa membuang masa, aku terus bergerak menuju ke depan, rezekiku cuma dapat dibahagian kedua syaf. Kira ok la tu, getus hatiku.. mulut berselawat nabi, berdoa moga ALLAH member keizinan sekali lagi pada malam ini.

Aku melihat sekeliling mencari-cari jika ada yang memakai telekung tanda Malaysia atau dari Syarikat Swasta Malaysia, memang ternyata keseluruhannya dipenuhi jemaah Indonesia, kiranya tempahan telah dibuat awal-awal lagi oleh mereka untuk memasuki Raudhah, hati ku tersenyum, bangga kerana aku juga berfikiran seperti mereka. Aku menoleh ke belakang, tiba-tiba aku terpandang seorang kakak memakai telekung Malaysia. Aku senyum padanya dan bertanya, “dari mana kak?”Dia berkata, “dari Terengganu” silaturohim terjalin. Sementara menunggu pintu dibuka kami berbual mengenai teori ini. Ilham datang ketika menunaikan haji beberapa tahun yang lalu. SubhanALLAH! Kakak ni dah dua kali pergi haji, getus hatiku” berapa kali kak dah masuk? Tanya ku, “kalau termasuk yang ini dah 4 kali, InsyaALLAH” “Alhamdulillah” kataku.. gembira sungguh hati ku ketika itu hanya ALLAH yang tahu..

Seusai penerangan dari petugas Masjid(malam ini ibu itu tidak memakai jubah hitam sebaliknya hanya memakai pakaian biasa) sekali lagi diingatkan, ibu-ibu jangan bertolak-tolak dan jangan berlari-lari didalam masjid ya” Sempat juga Petugas Masjid mengarahkan jemaah Afganistan untuk beralih tempat ke tempat Afganistan supaya tidak bercampur dengan kumpulan Bahasa Melayu Nusantara. Mereka juga berfikiran sepertiku, mungkin..cumanya perbezaan fizikal benar-benar tidak dapat disembunyikan, maka mereka diarah untuk ke tempat yang sepatutnya. Dalam hatiku berkata “Wah beruntung sungguh jemaah haji Melayu ni, asyik dapat depan jer”

Tiba-tiba kedengaran pintu Masjid dibuka,aku mendengar kecoh-kecoh dibahagian kiri Masjid. Rupa-rupanya bukan pintu depan kami yang dibuka tetapi pintu yang bernombor 3 dibuka untuk kumpulan Afganistan dan Afrika. Aku belajar lagi satu pengalaman, rupa-rupanya bukan pintu kami yang di buka tapi pintu lain. ALLAHUAKBAR!
Kami hanya melopong dan berdiri.. “duduk ibu, duduk” teriak petugas Masjid. Ada juga dikalangan jemaah Indonesia yang dibahagian belakang sudah berlari ke pintu yang dibuka.

Aku dan kakak Terengganu berpandangan sesama sendiri, “hahaha macamana ni kak?” Aku bertanya. “Teori malam ni tak menjadi la,..”katanya dalam nada ketawa. “Saya nak balik la kak, kalau tunggu mau 2 jam ni” kataku. “Akak pun nak balik la” kata kakak. Kami bersalaman dan mengucapkan salam sebelum bergerak keluar meninggalkan Masjid.
Aku memujuk hati, aku dah puas berdoa pagi tadi di Raudhah dan berilah peluang untuk jemaah lain merasainya pula. YA ALLAH, sesungguhnya engkau MAHA Mengetauhi setiap apa yang ada di dalam hati setiap manusia. Ya ALLAH aku bersyujud kepadaMU! Yang pastinya aku akan kembali lagi untuk solat kali terakhir pada Rabu tanggal 27 Oktober nanti, InsyaALLAH!

No comments:

Post a Comment