Monday, October 3, 2011

SAKIT PERUT DI NABAWI

Seusai solat asar seperti biasa acara dating bersama Hadi di depan House of Donut. Semasa menunggu Hadi, perutku memulas-mulas entah apa yang dimakan aku pun tak pasti. Disebalik menahan sakit perut, tiba-tiba aku terkincit- ingatkan yang keluar angin rupa-rupanya najis.

Aduh! macamana ni?? selepas bertemu Hadi, aku mengatakan aku kena pergi ke tandas, sakit perut ni.."ish mama ni, macam man lah, makan sikit nak berak" kata Hadi. Man ialah anak kami yang ke-3 dan memang perangainya lepas makan mesti cari tandas, cepat betul proses penghadamannya.

Kami berjalan laju mencari tandas di hotel, dari langkah Hadi aku tau dia menuju ke Movenpick Tabung Haji sebab dia biasa ke sana, aku dah tak dapat nak tahan lagi, di kiri jalan aku ternampak Hotel Intercontinental dan aku pun mencadangkan agar mencari tandas di situ saja.

Selepas berjumpa aku pun melakukan tugas yang sepatutnya dan seluar dalamku terkena najis, mujur aku memakai jubah dan seluar panjang. Aku membuka seluar dalam dan mencucinya. Seluar panjang juga ku buka takut terkena juga dan memasukkan kedua-duanya ke dalam beg kasut. Selesai semuanya aku pun keluar dan bertemu Hadi, kami mencari kedai untuk membeli makanan, tapi malangnya semua telah dipenuhi jemaah.

Akhirnya kami masuk ke kedai runcit Arab dan membeli roti dan jus. Kami duduk dibulatan jam ditepi Masjid Nabi bertemankan burung-burung merpati. Alangkah indahnya!

No comments:

Post a Comment